Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksGaleri Seni






Galeri Seni.jpg


Galeri Seni telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan telah bertapak di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan sejak tahun 2007. Bangunan ini merupakan bekas Bangunan Kastam dan Eksais Diraja dan telah diwartakan di bawah Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam, 1967 pada tahun 2006.

Peranan dan tanggungjawab Galeri Seni ialah :
  • Untuk memupuki, menggalakkan dan mengukuhkan dasar kebudayaan kebangsaan Brunei melalui aktiviti seni lukis serta menegakkan falsafah Brunei iaitu Melayu Islam Beraja.
  • Untuk memudahkan interaksi diantara artis-artis tempatan dalam mempromosikan aktiviti seni.
  • Menyediakan kawasan pameran bagi pelukis-pelukis tempatan negara untuk mempamerkan hasil karya seni lukisan mereka.
  • Untuk mendukung taraf dan kualiti seni lukis negara sebagai persediaan untuk penyertaan di peringkat serantau dan antarabangsa.
Misi
"Untuk menggalakkan dan menghasilkan karya seni lukisan yang berkualiti dari masyarakat umum terutama sekali generasi muda dan menjadi pusat penyelidikan dan pendidikan seni lukisan bagi peringkat nasional dan antarabangsa"


WAKTU LAWATAN

Sabtu - Khamis

9.00 pagi - 5.00 petang

Jumaat 

9.00 pagi - 11.30 pagi

2.30 petang - 5.00 petang

 

WAKTU LAWATAN (BULAN RAMADAN)

Sabtu - Khamis

9.00 pagi - 3.00 petang

Jumaat 

9.00 pagi - 12.00 tengah hari

 

NOTA :

Pintu utama tutup 30 minit sebelum waktu lawatan berakhir