Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksGaleri Sukan

Galeri Sukan Negara Brunei Darussalam

 

 

Galeri Sukan Negara Brunei Darussalam dibuka rasmi pada 7 April 2014 oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Terletak di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, amat sesuai dengan tema galeri yang memfokuskan kepada penyertaan dan perkembangan sukan Negara Brunei Darussalam.

Terdapat lima ruang pameran dan satu sudut interaktif untuk pelawat bermain :

Ringkasan Sejarah Perkembangan Sukan (1950-1990)

Mempamerkan peringkat sukan yang dipertandingkan di Negara Brunei Darussalam antara tahun 1950-1990.

Atlit Cemerlang

Beberapa atlit kelahiran Brunei yang telah mengharumkan nama negara turut dipamerkan diruang khas ini. Antara sukan-sukan yang telah menempah nama ialah olahraga, go-kart, bolasepak, tinju, wushu, silat dan banyak lagi.

Penyertaan Kerabat Diraja

Penglibatan dan penyertaan Kerabat Diraja dalam sukan seperti pertandingan tarik kalat dan lumba perahu tradisi, perlawanan bola sepak dan permainan crocket, badminton, walkaton dan juga polo adalah antara sukan-sukan yang giat aktif disertai oleh kerabat-kerabat diraja.

Majlis Olimpik Brunei Darussalam

Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) telah ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1987 untuk membangun dan menggalakkan penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam sukan antarabangsa. BDNOC mengganti Majlis Sukan Negara Brunei yang telah ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1975. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien selaku Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.




WAKTU LAWATAN

Sabtu -Rabu

9.00 pagi - 5.00 petang


WAKTU LAWATAN (BULAN RAMADAN)

Sabtu - Rabu

9.00 pagi - 3.00 petang

NOTA :

Pintu utama tutup 30 minit sebelum waktu lawatan berakhir