Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMuzium Kota Batu

WhatsApp Image 2018-08-02 at 15.36.35.jpeg

Bangunan Muzium Brunei terletak di kawasan Jalan Kota Batu, 5 km dari Bandar Seri Begawan, Ibu Negara Brunei Darussalam. Bangunan ini mengandungi 6 galeri yang terdiri seperti berikut :-

Galeri Kesenian Islam


Galeri ini mempamerkan koleksi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan dibuka rasmi pada 15 Julai 1990 sempena hari keputeraan baginda yang ke-44 pada 15 Julai 1990.

Antara bahan yang dipamerkan ialah seperti quran lama, duit siling, keramik dan bahan lain berunsurkan keislaman.

Galeri Industri Petroleum


Mempamerkan sejarah perkembangan industri minyak di Negara Burnei Darussalam, sejak mula ditemui pada tahun 1929. Galeri ini juga mempamerkan bagaimana minyak dan gas diproses.

llmu Kejadian


Mempamerkan kehidupan fauna yang terdapat di Negara Brunei Darussalam seperti serangga, burung dan binatang seperti monyet, mayas dan sebagainya. Galeri ini sebahagiannya diolah dalam bentuk diorama.

Galeri Kebudayaan Brunei


Mempamerkan cara hidup kebudayaan dan adat orang Brunei, dari sejak lahir hingga ke alam perkahwinan. Turut dipamerkan dalam galeri tersebut ialah pakaian tradisi dari puak-puak yang terdapat di negara ini, permainan tradisi dan koleksi bedil dan sebahagian koleksi bahan-bahan arkib.

Galeri Arkeologi dan Sejarah


Mempamerkan sejarah Negara Brunei Darussalam dari pra-sejarah hingga negara ini mencapai kemerdekaan. Bahan yang dipamerkan disusun mengikut urutan peristiwa dari pemerintahan sultan pertama, Sultan Muhammad Shah hingga pemerintahan Sultan sekarang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

Galeri Sementara


Mempamerkan pameran jangka pendek.