Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTaman Warisan Tasek Merimbun


Tasek Merimbun.jpg

Tasek Merimbun ialah sebuah taman warisan yang terletak di Daerah Tutong kira kira 70km dari ibu negara, Bandar Seri Begawan. Nama Tasek Merimbun berasal daripada seorang wira dalam cerita lisan puak Dusun yang bernama Imbun. 

 

Tasek Merimbun terbahagi kepada dua buah lekukan yang mempunyai keluasan 100 dan 120 hektar.

 

Tasek Merimbun terkenal dengan air taseknya yang berwarna hitam disebabkan oleh proses semula jadi yang mana tannins meresap dari tumbuh-tumbuhan yang terjatuh ke dalam tasik.

 

Keseluruhan Taman Warisan Tasek Merimbun mempunyai keluasan sejumlah 7800 hektar.

Kepelbagaian hutan di Tasek Merimbun meliputi Hutan Campuran Kaum Damar, Hutan Paya Gambut, Hutan Paya Air Tawar dan Hutan Sekunder.

 

Spesimen hidup Kelawar Buah Kalung Putih (Megaerops wetmorei) telah ditemui sewaktu kajian di lapangan dijalankan pada tahun 1983 – 84.

 

Tasek Merimbun merupakan Taman Warisan ASEAN yang terunggul di Negara Brunei Darussalam sejak 29 November 1984.

 

Salah satu keistimewaan yang terdapat di Taman Warisan   Tasek Merimbun ialah pelbagai spesies burung yang menghuni persekitaran tasik dan habitat semula jadinya seperti burung raja udang, likap, kenawai dan helang.

 

Kompleks Taman Warisan Tasek Merimbun telah dibukakan kepada orang ramai pada tahun 2000. Ianya terdiri daripada:

·     Balai Pameran

·     Balai Purun (Dewan Serbaguna)

·     Makmal

·     Rumah Tumpangan Penyelidik

·     Denai Banunih (650m)

·     Denai Botanikal Merimbun (1050m)

·     Taman Kulimambang (dirasmikan pada tahun 2012)

 

BAHAGIAN ILMU KEJADIAN

 

Bahagian Ilmu Kejadian adalah salah satu bahagian akademik dalam Jabatan Muzium-Muzium sejak penubuhannya pada tahun 1965. Peranan bahagian ini ialah bagi menjalankan penyelidikan dan mengumpul bahan koleksi yang berkaitan dengan bidang alam semula jadi khususnya kepelbagaian bio di Negara Brunei Darussalam untuk membina sebuah koleksi fauna dan flora yang komprehensif. Bahagian Ilmu Kejadian juga berperanan dalam penyebaran ilmu menerusi aktiviti-aktiviti seperti demonstrasi pengawetan haiwan dan tumbuh-tumbuhan disamping mengadakan pameran-pameran bagi menggalakkan orang ramai untuk mempelajari dan menghargai kepentingan alam semula jadi.

 

MISI

“Melindungi Alam Semula Jadi dan Mengekalkan Kepelbagaian Bio Taman Warisan Tasek Merimbun”

 

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEWAKAN

·     Balai Purun (Dewan Serbaguna) BND100.00 sehari

·     Rumah Tumpangan Penyelidik BND25.00 sehari (Bilik Perseorangan)

BND30.00 sehari (Bilik Berpasangan)



WAKTU LAWATAN

Sabtu - Khamis

9:00 am - 5:00 pm

Jumaat

9:00 am - 11:30 am

2:30 pm - 5:00 pm


BULAN RAMADHAN 

Sabtu - Khamis

9:00 am - 5:00 pm

Jumaat

9:00 am - 11:30 am

2:30 pm - 5:00 pm



ALAMAT

Taman Warisan Tasek Merimbun

Lokasi TWTM.png