Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews

  
Description
Front page image
  

12 Ogos 2018 - Galeri Seni, Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan. Jabatan Muzium-Muzium turut meraikan acara Regata Brunei Darussalam 2018 sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-72 tahun dengan menyediakan sebuah pameran di Galeri Seni, Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

REGATA 2016 final(baru).jpg

  

14 - 16 Ogos 2018, Selasa, Muzium Teknologi Melayu. Jabatan Muzium-Muzium, melalui Bahagian Pemeliharaan dan Pembaikan sedang menjalankan kursus 'Basic Handling of Artefacts' bagi institusi-institusi kemuziuman yang ada di Negara Brunei Darussalam. 


  

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Jun. - Muzium Brunei dengan kerjasama Brunei Art Forum  telah  menganjurkan Projek Visi Seni 2018 bertempat di Galeri Seni, Dermaga Diraja di Ibu Negara bermula 30 Jun hingga 31 Julai 2018.

1.jpg

  

​Supporting the initiative to build up the Museums Prestige Collection by the library of Museums Department, the Embassy of the S. R. Viet Nam recently donated books on history and culture of Viet Nam to the department. The donation was handed over by Le Tuan Anh, the Charge d'Affairs of the Embassy to the Acting Director of Museums Haji Mohammad Jefri bin Haji Sabli at the National Archives Building. The Museums Department is the third agency to receive books and publications from the Embassy following the National Library and UBD Library.


  

Muzium Alat Kebesaran Diraja menerima lawatan daripada Kementerian Pertahanan Malaysia seramai 8 orang yang diketuai oleh Yang Berhormat Hj Mohamad bin Sabu. 


Yang Berhormat Hj Mohamad bin Sabu disambut oleh Yang Mulia Datin Paduka Dr Hjh Norlila bt Dato Paduka Hj Jalil, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pemangku Pengarah Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, KKBS, Awang Hj Abdoh bin Hj Damit dan dan Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Awang Amirul Syukri bin Haji Hafneh


Penerangan disampaikan oleh Pengiran Norazah bt Pengiran Hj Muhammad selaku Pengurus Muzium Alat Kebesaran Diraja. 



01.JPG

  

​Lawatan Puan Yang Terutama bersama rombongan telah disambut oleh Yang Mulia Datin Paduka Dr Hjh Norlila bt Dato Paduka Hj Jalil, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Awang Amirul Syukri bin Haji Hafneh.

Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara yang turut hadir ke Muzium Alat Kebesaran Diraja ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman dam Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.

Russia1.jpg

  

Hadir merasmikan pameran tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Duta-duta Besar Istimewa dan Mutlak serta ketua-ketua perwakilan ke Negara Brunei Darussalam.

 

Pameran Seni Lukis "Lakaran – Bruneiku Indah" adalah bersempenakan dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35 Tahun yang mana ianya dibukakan kepada orang ramai sehingga 10 Mac 2019 dan waktu lawatan pada Isnin hingga Ahad bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, manakala Jumaat dari jam 9.00 hingga 11.30 pagi dan disambung semula dari jam 2.30 hingga 5.00 petang.

 




Pameran Seni Lukis.jpeg